10 Sebab Mengapa Islam Mengharamkan Rokok..
Rokok menjejaskan akal (mental)
Rokok membahayakan kesihatan fizikal
Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
Rokok membahayakan keturunan
Perokok mengganggu orang lain
Rokok menimbulkan akhlak buruk
Rokok mensia-siakan waktu hidup
Rokok bercanggah dengan maruah Islam
Rokok membazirkan harta (wang)Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
MEMPERBANYAKKAN LIMA PERKARA

Assalamualaikum semuanya....kali ini cukuplah sekadar entri pendek untuk dikongsikan bersama.Sebabnya,jika entri panjang berjela tapi kita tidak membacanya maka semua itu akan menjadi sia-sia juga.Oleh itu,cukuplah sekadar sesuatu yang ringkas,tetapi padat.
Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu kita diingati:-
- Banyakkan menyebut Allah SWT daripada menyebut makhluk.
- Banyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
- Banyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
- Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
- jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan orang lain.
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan gunakanlah untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita.Selamat beramal..
BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU

Alhamdulillah....sejak seketika menyepi dari dunia blog kini Nas kembali semula.Oleh sebab sedikit kesibukan kebelakangan ini membuatkan Nas sukar untuk menulis.Oleh itu,kali ini Nas mahu berkongsi sedikit ilmu dengan semua pembaca mengenai adab-adab Taalim.
Sebelum itu,kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan taalim.Taalim bererti menuntut ilmu.Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti ilmu sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudandan kekuasaan Allah SWT yang tidak terbatas.
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat,di samping ianya menjadi amalan para nabi,rasul dan orang-orang soleh."
-Imam Syafie-
ADAB TAALIM
- Berwuduk
- Sembahyang sunat dua rakaat sebelum majlis dengan harapan Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita untuk memahami,mengingati,mengamalkan dan menyampaikan.
- Pakaian bersih dan menutup aurat.
- Memakai wangi-wangian.
- Pandang mulut orang yang sedang membaca taalim.Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai kata-kata Nabi Muhammad SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.
- Apabila kita membaca taalim,ulang hadis yang kita baca hingga 3 kali supaya mudah dihayati oleh jemaah.
- Mendengar dengan penuh konsentrasi.Semasa para sahabat duduk dalam majlis taalim yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad SAW ,mereka tumpukan sepenuh perhatian sehingga tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.
- Allah SWT memudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
- Alalh SWT mudahkan kita memahami apa yang didengar.
- Allah SWT mudahkan kita bercakap tentang ilmu tadi apabila diperlukan.
9. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak mencelah antara kita dan Allah SWT satukan hati dan wujudkan sifat kasih sayang anrata kita.Semasa para sahabat duduk dalam majlis yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW,mereka duduk rapat-rapat sehingga daun yang gugur daripada pokok tidak jatuh ke tanah,tetapi ke riba dan bahu mereka.
10. Sebaik-baiknya,duduk dalam posisi tahiyat awal.Kalau boleh,lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca taalim.Kalau penat dalam keadaan tahiyat awal,boleh berubah kepada posisi tahiyat akhir.Kalau tidak mampu,bolehlah duduk bersila.Cara duduk begini yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril semasa datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada baginda dengan disaksikan sendiri oleh para sahabat.
11. Apabila disebut nama Allah SWT,kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu JallaJallaluhu atau Subhanallah.
12. Apabila disebut nama Nabi Muhammad,hendaklah kita berselawat ke atas baginda.Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat apabila nama baginda disebut.
13. Apabila disebut nama para sahabat ataupun sahabiah,kita sambut dengan RadhiAllahuAnhu ataupun Anha.
14. Apabila disebut nama orang-orang alim seperti tabiin,imam-imam besar dan sebagainya,kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.
15. Apabila disebut nama musuh-musuh Allah SWT seperti iblis,Firaun,Abu Lahab dan sebagainya,kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.
16. Rasa gembira apabila disebut tentang syurga dan takut apabila disebut tentang neraka.Kalau tidak boleh,cuba paksa.
17. Jangan mengganggu perjalanan majlis seperti berbual-bual ataupun bersalaman apabila datang lewat.
18. Menghadiri majlis taalim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian.Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis taalim sedang berlangsung,kita digalakkan duduk dalam majlis taalim itu.
19. Taazem bil qalbi iaitu memuliakan dan membesarkan majlis dalam hati.
20. Tashdiq wa yaqin iaitu membenarkan dan meyakini yakni percaya akan segala yang didengar.
21. Tabligh wa amal iaitu mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya.
Jumaat, 21 Januari 2011
SAMPAH SARAP MENGHASILKAN SAMPAH SARAP

Selalu kedengaran di corong-corong radio atau pun televisyen,DJ ataupun pengacaranya akan menceritakan gosip yang melibatkan para artis kita di Malaysia.Maka,dikisahkan berkenaan dengan artis A sedang bercinta dengan artis B,artis C bercerai dengan artis D dan begitulah seterusnya.Jika difikirkan,apabila informasi seperti ini yang disogokkan ke minda rakyat kita khususnya remaja,sudah pasti hasilnya ialah sampah sarap.
Malangnya,memang telah wujud remaja-remaja yang mempunyai minda sampah sarap di Malaysia.Seperti yang kita sedia maklum,terdapat segelintir remaja kita sudah terpengaruh dengan budaya Barat seperti punk dan skinhead.Mereka berpakaian selekeh dan antisosial.Mereka lakukan semua ini bukan kerana apa,tetapi hanya kerana trend.Trend ini lahir kerana minda memandang baik budaya sampah sarap yang diimport dari Barat.Apa yang dipandang baik oleh minda menjadi kenyataan dalam hidup.Sampah sarap dalam minda melahirkan sampah sarap dalam kehidupan.
Kita manusia sebenarnya berpotensi.Apabila potensi ini tidak digilap,maka potensi itu akan diselimuti debu dan akhirnya menjadi malap.Benar sabda nabi yang bermaksud,
"Manusia (berpotensi) seperti lombong-lombong emas dan perak.Individu yang baik pada zaman jahiliahnya akan menjadi baik pada zaman Islamnya jika dia faham kebenaran."
Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim ini menunjukkan minda penting bagi mencapai kejayaan.Apabila minda kita faham,seluruh jasad turut faham.Justeru,untuk berjaya kita haruskan masukkan ke dalam minda informasi yang suci lagi murni.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pengajaran.
UMAR AL-KHATTAB

Nama Sebenar:Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza
Kelahiran:584 M(13 selepas kelahiran nabi Muhammad)
Keturunan:Bani Adi
Usia ketika memeluk Islam:33 Tahun
Tarikh menjadi khalifah:23 Ogos 634 M bersamaan 13 Hijrah
Tempoh memerintah:10 tahun 6 bulan
Tarikh meninggal dunia:23 Hijrah,dibunuh oleh Abu Lukluk(hamba berbangsa Parsi)
Usia:63 tahun
Gelaran:Al-Faruq(pemisah antara hak dan batil)
Sifat peribadi:-Mempunyai sifat keberanian yang tinggi
-Bersikap tegas
-Seorang yang berpandangan jauh dan berfikiran terbuka
-Bersedia ditegur oleh sesiapa pun
-Pemerintah yang bertnaggungjawab terhadap kebajikan rakyat
-Sangat mengambil berat akan keselamatan negara -Seorang yang adil
Sumbangan:-Menyusun majlis Syura
-Menyusun semula kanun tanah negara
-Memperkenalkan kalendar tahun Hijrah
-Menubuhkan polis dan tentera laut
-Menubuhkan Dewan Al-Jundi dan Al-Kharaj
-Menyebarkan dakwah secara meluas
PAHALA AMAL BERGANTUNG KEPADA NIAT

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah,Umar bin Al-Khatab r.a berkata,bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:Sesungguhnya diterima setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya.Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya.Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya,dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya.
Riwayat:al-Bukhari
Disebutkan dalam hadis ini kalimah 'diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya'.Yang dimaksudkan dengan amal di sini ialah semua jenis amal yang dibenarkan syariat.Maksudnya,segala jenis amal yang dibenarkan syariat yang dilakukan tanpa niat,menjadi tidak bernilai apa-apa menurut agama.Misalnya wuduk,mandi wajib,tayamum,solat,zakat,puasa,haji,iktikaf dan ibadah-ibadah lain.
Amal Yang Tidak Memerlukan Niat
- Meninggalkan perbuatan haram.
- Mengembalikan barang pinjaman.
- Membersihkan diri daripada najis kerana perbuatan ini termasuk perbuatan menghilangkan barang yang tidak baik.
- Menyampaikan pemberian atau hadiah orang.
Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada tiga:
- IBADAH HAMBA:Ibadah orang yang takut kepada Allah SWT.
- IBADAH SAUDAGAR:Ibadah orang yang hendak mendapatkan syurga dan pahala.
- IBADAH MERDEKA:Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab,rase malu n syukur kpd ALLAH s.w.t
AGAMA ITU NASIHAT-Nasihat Untuk Allah
Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
"Agama itu nasihat.Kami bertanya:'Untuk siapa?' Baginda menjawab:'Untuk Allah,Kitabnya,Rasulnya,para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya."
Riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud
1.NASIHAT UNTUK ALLAH SWT
- Beriman semata-mata kepada-Nya.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat.
- Menjauhkan diri daripada sikap ingkar terhadap suruhan-Nya.
- Mengagungkan Allah dengan sifat-sifat sempurna.
- Menyucikan-Nya daripada segala sifat kekurangan.
- Mentaati-Nya.
- Menjauhkan diri daripada perbuatan dosa.
- Mencintai dan membenci sesuatu kerana-Nya.
- Berjihad menghadapi musuh.
- Mengakui dan bersyukur atas semua nikmat-Nya.
- Ikhlas dalam segala urusan.
- Mengajak manusia melakukan segala perkara yang baik.
- Bersikap lemah lembut kepada sesama manusia.
Al-Khathabi berkata:
"Secara prinsip,kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri,kerana Allah tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa."
Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
- Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
- Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
- Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
- Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
- Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
- Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
- Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
- Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
- Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
- Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
- Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
- Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
- Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
- Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
- Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
- "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
- Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
- Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
- Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
- Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
- Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
- Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
- Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
- Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
- Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
- Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
- Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
- Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
- Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
- Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
- Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
- Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
- Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
- Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
- Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
- Terseradung bukannya terjatuh.
- Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
- Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
- Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
- Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
- Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
- Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
- Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
- Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
- Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
- Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
- Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
- Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
- Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
- Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
- Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
- Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
- Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
- Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
- Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
- Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
- Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
- Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
- Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
- Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.
selamat membaca!!
AYUH KITA BERBINCANG TENTANG AHLI NERAKA.KALI INI,
KITA TENGOK,MENYEMAK,LIHAT,RUJUK N KUTU2NYE
SIAPA ORANG PERTAMA MASUK NERAKA.......
drpd abu hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda yg brmksud "ssungguhnya manusia pertama yg diadili pd hari kiamat ialah seorg yg mati syahid.Orang i2 dhadirkn dpn ALLAH, lalu diingatkn kpdnya.Orang i2 mengingati
semua nikmat tersebut...
ALLAH bertanya:"apakah yg engkau lakukan utk mnsyukuri nikmat2 ini?"
orng i2 mnjwb:"aku berjuang ji jalan-Mu shingga trbunuh..
ALLAH berfirman:"engkau berdusta!akn tetapi engkau brjuang agar dsebut pemberani."
dan smmgnya org ramaimnyebutnya begitu..Orang i2 dseret di ats wajahnya, kemudian dcmpkkn ke dlm neraka...
Lalu ALLAH mmggil ssorg yg blajar ilmu, mngajarnya n mmbace al-quran.org ini dhadirkn,lalu disebutnya semua nikmat allah sehingga menginagtinya...
ALLAH bertanya:"apakah yg engkau lakukan utk mnsyukuri nikmat2 ini?"
dia mnjwb:"aku mmpelajari ilmu.,lalu mngajarnya n mmbaca al-quran."
ALLAH berfirman:"engkau berdusta!akan ttpi engkau blajar agar disebut alim n mmbaca al-quran agar disebut qari(hafiq)
dan smmgnya org ramaimnyebutnya begitu..Orang i2 dseret di ats wajahnya, kemudian dcmpkkn ke dlm neraka...
lalu ALLAH mmggil ssorg yg tlh diberikn harta yg berlimpah ruah.org ini dhadirkn,lalu disebutnya semua nikmat allah sehingga menginagtinya...
ALLAH bertanya:"apakah yg engkau lakukan utk mnsyukuri nikmat2 ini?"
dia mnjwb:"aku mmblanjakan di tempat2 yg engkau hendaki."
ALLAH berfirman:"engkau berdusta!akan ttpi engkau mlakuknnye agar dikenali sebagai dermawan.
dan smmgnya org ramaimnyebutnya begitu..Orang i2 dseret di ats wajahnya, kemudian dcmpkkn ke dlm neraka...
gambar hiasan XD..